Terjemahan

Pages

Wednesday 18 December 2013

Outer Science (Sains Luaran)

Terjemahan :mirah49riot

Sebab ramai yang minta liriknya, nah~ Blog ni memang buruk ea? Don't mind it!!! Hahaha... Nak buat guane, saya memang tak suka blog. Ergh...


Kehidupan yang dijalani dengan lemah dan amat menyedihkan ;
Setelah mati, patutkah pintu itu tidak diketuk?
Tuan muda itu memerhati dengan penuh minat ;
"Betapa menjijikkan kisah ini."
Kerongkong dan badan yang menjangkau jauh, seolah-olah ia sedang melarutkan hati yang telah mati,
perlahan-lahan menelan nyawa
dan mencungkil mata


Hey, kau pun mahukannya juga bukan?
Pada saat itu, aku menjengil mata memandangmu
Jiwa yang tragis sebegitu
ialah makanan kegemaranku...

Selamat datang ke rahimku,
Destinasi terakhir cinta dan ego,
Kau juga akan dilahirkan semula tak lama lagi;
bukankah ianya menakjubkan?
bukankah ianya menakjubkan untuk menjadi seperti raksasa?
“Oh Tuhan, kenapa?”, hm?
“Aku tak mahukannya.” Tangismu.
Terimalah sahaja – ini adalah takdir!
Tuan yang seterusnya, seterusnya, seterusnya,
aku menunggu dengan keterujaan.


Malah mitos, kehidupan, dan takdir manusia pun, dengan cuai jatuh cinta.
Ular yang diam itu ketawa dengan lantang;
“Perkara sebegitu memang bodoh.”
Ahh, aku memang masih tak puas lagi;
Melemahkan lagi hati yang sudah gelap,
Memiliki nyawa kecil mereka, aku tanamkan mata mereka.


Ahh, ia menetap di dalam diriku, bukan?
Kuasa untuk menggabungkan mata itu bersama
Takdir untuk menyatukan mata
Sememangnya, dalam tragedi ini,
kaulah ‘ratunya’...


Kehidupan , memberi pujian;
Apabila cinta dan ego bersatu bersama,
Hari-hari yang bergoncangan itu mula hancur,
dan ke arah tragedi awal, bergerak pada kadar yang sama.
“Kembalikannya semula,” ratapmu.
“Cukup sudah,” kau meraung.
Kau fikir aku peduli? Ini adalah takdir!
Cerita yang teruk, rapuh, dan lemah ini ialah perkara yang sebenar!
Betapa bodohnya kehidupanmu...
Dari masa ke masa, kau menolak,
mula untuk kembali kepada kisah yang sama,
secara melulu, dengan janggal,
menangis, meratapi, meraung, menggelepar...

Ahh, betapa hodohnya kewujudan itu!
Sebelum kau tanya “Kenapa?”
Permintaanmu terlampau berlebihan – terimalah balasannya!
Keajaiban yang palsu,
retak dan hancur


“Aku, aku pun sudah tak kisah lagi”;
Lagi dan lagi, kau hanya duduk dan menangis
Malah pengakhirannya pun akan beransur hilang dengan segera,
yang akan, akan, akan datang
pada hari yang sterusnya, seterusnya,
dan yang seterusnya,
dan yang seterusnya,
dan yang seterusnya,
Aku tetap akan menyeringai...

Thursday 1 August 2013

Kuroko no Basuke 22 5Q Tip Off - Part 2/2 【Malay Sub】



Stress banget~ Semua gara-gara Youtube. Ada ke patut remove video aku sampai tinggal part 2 ni je. Agak melampaulah juga. Orang bikin susah-susah. Kena copyright strike bukan sebab cerita Kuroko tu taw~~~~ Kena sebab audionyer, a.k.a OST lagu tu. Kedua-dua END & OP ada claim. Sakit jantung ni sekejap. Apa-apa hal pun. Pls enjoy it! Episod istimewa ni tidak terdapat do mana-mana website seperti animehere, gogoanime & sebagainya. So, we can consider mana-mana peminat Kuroko no Basuke ni beruntunglah kalau jumpa episod ni. Sekian~

Saturday 27 July 2013

Lon - Left Behind City


Assalamu'alaikum~ 

First, thanks to Diana Alias sebab tolong translate lagu ni bersama. Lagu ni xdeklah susah sangat nak difahamkan so I hope you'll enjoy it as much as I am. Dalam sehari buat 2 video, memang kejanglah 1 badan kan~ Inilah lagu yg kedua dapat saya sub. Lama dah sub lagu ni. Tambahan pulak, masa ni tak reti apa-apa lagi so tidaklah selawa video lain kan.. Wuuu~


 

                                                               Komposer : 40mP
                                                                    Vokal : Lon
                                                     Vokal Sebenar : Hatsune Miku

    

NicoDouga Link:
http://www.nicovideo.jp/watch/sm15343612

Facebook : https://www.facebook.com/mirah.riot?r...
Email : mir_eastrobo94@yahoo.com
Gmail : mirah49riot@gmail.com
Blog : http://mirah49riot.blogspot.com/

Diana Alias' Facebook : https://www.facebook.com/dyanaalias


RECRUITMENT

Interested?

Assalamu'alaikum.
Guys, saya ada terfikir nak sub anime macam Kuroko no Basuke
 Tetapi benda macam tu perlukan kerja yang keras dan saya terfikir nak buat ni dlm masa yang genting sebab sy ada 8 paper tuk sem 3 ni!!!!!!!

But as a fangirl, benda ni PENTING~~~





So, bagi sesiapa yang berminat and ada sebarang idea yg nak disumbangkan, inbox FB saya yer??







Friday 26 July 2013

Kagamine Rin and Len - 8HIT


Inilah video saya yang pertama. Maklumlah, masa ni memang amatur lagi tapi saya tak ambil masa yang lama untuk catch up benda macam ni. Oleh itu, sya berharap agar anda semua menyukainya dan jangan lupa untuk m'subscribe saya. Kalau ada kesempatan, saya akan post liriknya pula. Buat masa sekarang, masa memang jelesss dgn saya. STRESSS~~





  Hounto gomenasai if I didn't reach your expectation~


Untuk part 'hora' tu, payah nak decide ayat yang sesuai so terpaksalah pakai English iaitu 'Hey Now'. Lagu ni memang catchy so pls ENJOY it!

Kalau anda sukakan video saya, please subscribe n enjoy my other translations as well okay? Saya terima sebarang permintaan tetapi itu pun bergantung pada situasi semasa jugak. Kalau busy, hm... susah jugakla but no need to worry. Just send me your request kay?

Original video: http://www.nicovideo.jp/watch/sm15652907
Illustrator's Piapro Account Link: http://piapro.jp/c_rn635
Tarian bagi lagu ini : http://www.youtube.com/watch?v=Wd-eaA2dfAs

Facebook : https://www.facebook.com/mirah.riot?r...
Email : mir_eastrobo94@yahoo.com
Gmail : mirah49riot@gmail.com




Intro : I AM

Assalamu'alaikum semua~
Saya 'Amirah, berumur 19 tahun dan sekarang sedang belajar di Pra-U SMK Temerloh. Saya buat blog ni agar peminat-peminat Vocaloid, anime dan sebagainya (lagi-lagi warganegara Malaysia) dapat menikmati segala hasil penat lelah saya untuk mensari katakan lagu-lagu Jepun. Sebenarnya, saya tak suka blog2 ni semua sebab apa pun yang saya buat, memang tak pernah menjadi. Kahkahkah~ Sebab tular blog ni buruk gila tau....LOL! Tapi apa-apa pun, saya dapat jamin video yang saya muat naik di youtube memang kerja keras saya yang terbaik. Oleh itu, feel free to enjoy my translations and subbed videos. Link di bawah merupakan akaun-akaun saya :



Youtube  (mirah49riot)

Youtube ke-2 (NicoNicoDouga videos ONLY)

Facebook

Sumimasen for this hideous blog. Wuuu~



glitter-graphics.com